ME MINE US

ME MINE US
AS I WAS TOLD.. TEACHING, RECIPES AND TRAVEL

Monday, July 14, 2014

Frozen food project



1 Ramadan 1435 - 29 Jun 2014 - Ahad

Assalamualaikum...frozen food project is one that come in my mind on the first ramadan..buat stok katanya..kot-kot kalo malas masak ha..ada dah kuih muih nya..

Frozen food yang aku usahakan ialah..(chewah) cucur badak, kuih keria, cek mek molek , donut dan begedil..jom tengok resepi-resepi nya..





Cucur Badak
Sumber: Azie Kitchen tapi di olah serba sedikit.

Bahan-bahan:-


Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak


Untuk doh :
1) 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :-


Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hinggamenggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.



Friday, July 11, 2014

RESEPI : TIRAMISU BISKUT

10 Ramadan 1435 - 8 Julai - Selasa

Hari ni agak letih berpuasa sebab pagi tadi bawak Bella dan Aman ke Toys Library bersama Zai dan anaknya Sofea serta Kak Ida dan anaknya Nabila dan Muqri. So untuk berbuka puasa petang ni just makan nasi kunyit bersama ayam masak merah (resepi nasi tomato). Cuma tambah sket pemanis mulut Kek Tiramisu Biskut. Jom layan resepi yang simple tapi sedap sangat nih..

Bahan-bahan 
  • 250g cream cheese
  • 100g whipping cream
  • 1/4 cawan gula
  • 1sk jus lemon - utk mengurangkan muak cheese
  • secawan bancuhan kopi segera
  • sepeket biskut lady fingers
  • cocoa powder secukupnya
  • parutan coklat bar
Cara-cara
  • Pukul cream cheese, whipping cream dan juga gula hingga sebati. Masukkan jus lemon dan pukul lagi hingga kental.
  • Celup biskut sesaat dua ke dalam bancuhan kopi. Kemudian susun ke dalam bekas or loyang. Cedokkan adunan cheese dan sapu rata ke atas biskut.
  • Taburkan cocoa powder dan susun semula biskut di atasnya kemudian adunan cheese dan cocoa powder. Buat sehingga habis.
  • Lapisan yang atas sekali, setelah ditabur cocoa powder, taburkan parutan coklat bar.
  • Sejukkan semalaman dahulu di dalam peti sejuk.

Senang saja..ok bye.

RESEPI : SPAGETI GORENG ALA MEE GORENG

11 Ramadan 1435 - 9 Julai 2014 - Rabu

Hai semua...

Hari ni terciptalah resepi Spageti Goreng yang ala-ala mee goreng. Ni lah akibatnya duk kat Korea ni, takdak mee goreng mamak malah nak cari mee pun susah. Bukan takdak mee kat sini tapi nak mendapatkan yang halalan toyyiban tu yang susah sket. Takpa nasib baik ada spageti ni. Ok ni resepinya..check it out..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut dan gaul dengan minyak
2 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap pekat
1/2 camca besar kicap manis
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
100 gram isi ayam
1 cawan sayur sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tomato. Kacau rata, masuk ayam dan masak hingga ayam tu masak. Tambah kicap pekat dan kicap manis, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan spaghetti dan sawi, gaul rata, 
  3. Tambah sedikit air rebusan jika asuka berkuah. Masak sekejap dan rasa, Matikan api dan hidangkan segera. 

RESEPI : HOMEMADE ICE CREAM for Bella and Aman.. 12 Ramadan

12 Ramadan 1435 - 10 Julai 2014 - Khamis

Assalamualaikum...
Tarikh kat atas belah kanan tu adalah backdated ok..saja aku nak ingat balik semalam masak apa..ari sebelum tu masak apa..dan seterusnya..saja nak ngetest memori..hihi

Ok..semalam buat aiskrim..kalo nama glamernye "HOMEMADE VANILLA ICECREAM"..nama ja dah sedap maka rasanya lagila sedap..bak kata Bella.."sedap angat"..ok Bella baru 3 tahun dan Aman baru je nak masuk 2 tahun. Tapi kita kena ingat, budak2 tak pandai menipu hokkay..hehehe

Selepas google resepi aiskrim ni maka semua pun serba serbi tak lengkap bahan yang ada kat umah ni..so maknanya ni really really homemade tau..haha..

Resepi aiskrim special ni ialah:

  1. Whipping cream - tak sukat pun sebab nak perabihkan stok
  2. Creamer - adala 6 bungkuih hasil kutipan di hotel
  3. Gula - secukupnya
  4. Esen vanila - aku ganti dengan vanilla powder
  5. Susu Cair - setengah tin sebab aku buat sket saja
Step:
  1. Pukul whipping cream sampai kental
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan pukul lagi sampai sebati dan creamy
  3. Masukkan dalam bekas aiskrim yang sesuai dan tutup rapat
  4. Freeze kan dalam beberapa jam sampai dah jadi aiskrim
  5. Makan...hehehe
Walaupun sedap dan kejadiannya sebijik cam aiskrim kat kedai tapi rasanya kalau guna bahan yang betul mungkin akan jadi lebih lazat kot..

Ok tu saja..bye2

RESEPI : KARIPAP KENTANG DAN SARDIN..dengan pastry yang rapuh dan sedap...

13 Ramadan 1435 - 11 Julai 2014 - Jumaat


Eceh..panjang pulak title post ni.. ok actually dah 2 kali buat karipap dengan resepi ni n dua2 menjadi..alhamdulillah..tapi gambaq tak dan nak snap sebab sedap sangat ngap masa bukak posa tadi..

So nih resepinya....

Bahan kulit karipap : Resepi from jendeladapursurianti

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan mentega (dicairkan)
1/2 cawan air dari peti sejuk
Secubit garam
*penggunaan mentega yang dicairkan dan air dari peti sejuk akan membuatkan kulit karipap lebih sedap dan tidak liat.

Cara penyediaan kulit karipap :
1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam besen dan buat lubang di tengah-tengahnya.
2. Cairkan mentega di atas api perlahan dan tuang kedalam tepung. Gaul dan ramas mentega cair dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Jangan terlalu liat, nanti susah untuk dicanai. (Air  sejuk yg Sue sediakan 1/2 cawan ini, tidak habis digunakan, bakinya ada sedikit lagi)
4. Biarkan adunan sebentar dalam besen bertutup sambil kita menyediakan inti karipap.



Inti Kentang- Resepi from oursimplegarden

Rebus 3 biji telur, potong 4 bhg
- 2 biji kentang yang besar (potong dadu)
- 1/2 cawan daging ayam (potong dadu)
- 1 biji bawang besar (kisar)
- 3 biji bawang putih (kisar)
- sedikit halia (kisar)
- 4 sudu besar rempah kari
- separuh kiub ayam
> Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sampai naik minyak, masukkan rempah kari dan sedikit air dan masak sehingga naik minyak. Masukkan ayam dan kentang, masak sehingga kering air, jangan terlalu lembik. Masukkan garam, sedikit gula dan perasa. Biarkan sejuk



Bahan Inti Sardin: resepi from Azie Kitchen

1 tin sardin cap Ayam Brand
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji ubi kentang - potong dadu - tak guna pun
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris
Sedikit cili kisar  - pun tak buh sebab ada budak kecik nak makan
Daun sup/daun bawang - takdak stok so tak buh jugak
Garam secukupnya

Sardin diasingkan ikan dan kuahnya. Hancur hancurkan isi ikan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan masak sehingga agak lembut.

Masukkan isi ikan, bawang besar dan cili merah. Goreng sehingga masak.

Akhir sekali, masukkan garam dan daun sup. Jika terlalu kering, masukkan sedikit kuah sardin. Biarkan sejuk seketika.

ok tu saja...bye2

Tuesday, July 8, 2014

Ramadan di bumi Korea..

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tidak ber"blog", at last today i start it again. Rasanya last aku ada blog dulu masa tu aku di UTM SKUDAI iaitu 10 tahun yang lalu. Huh lama tuh..nampak sangat dah tua dah aku ni. Walaupun sebenarnya aku ni takla banyak idea menulis macam blogger yang lain, tapi hakikatnya blog ni diadakan untuk aku coretkan apa yang aku rasa penting untuk future reference. Manala tau nanti Bella dah besar nanti dia nak cari resepi ke ape ke, bleh la dia rujuk kat blog mama dia ni..Anyway lambat lagi tu sebab Bella baru je tiga tahun..huhuhu

Untuk first entry ni, aku agak sedih nak menulis sebab Ramadan tahun ni aku jauh dari famili..nampaknya tahun ni beraya la kami di bumi Korea ni. Maka dengan itu tiadala ketupat daun palas dan lemang tahun ni. Rendang bleh la kot buat untuk makan ngan nasi himpit segera... huhuhu. Anyway i'm happy because now it's time for vacation for me with my beloved hubby and kids..It's just that setahun lebih tak ngajaq ni, agaknya macam mana la nak ngajaq balik hujung tahun depan kan..

OK..that's it for now..maybe i'll write next entry shortly because suddenly i had so much in my mind but my kids start to "mama, nak susu.."..."mama, nak upin ipin.."..hai la Bella dan Aman..

Bye...