ME MINE US

ME MINE US
AS I WAS TOLD.. TEACHING, RECIPES AND TRAVEL

Monday, July 14, 2014

Frozen food project



1 Ramadan 1435 - 29 Jun 2014 - Ahad

Assalamualaikum...frozen food project is one that come in my mind on the first ramadan..buat stok katanya..kot-kot kalo malas masak ha..ada dah kuih muih nya..

Frozen food yang aku usahakan ialah..(chewah) cucur badak, kuih keria, cek mek molek , donut dan begedil..jom tengok resepi-resepi nya..





Cucur Badak
Sumber: Azie Kitchen tapi di olah serba sedikit.

Bahan-bahan:-


Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak


Untuk doh :
1) 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :-


Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hinggamenggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.






Kuih Keria
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan
Ubi keledek oren
Tepung gandum
4 sudu besar gula
3 sudu besar air

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Bentukkan kuih keria dan goreng dalam minyak panas yang banyak.

Proses seterusnya adalah untuk menyira kuih yang digoreng tadi di dalam kuali berisi air gula. Panaskan air dan gula hingga gula hancur dan berbuih, baru dimasukkan kuih. Perlahankan api dan gaul hingga rata. Lepas tu tutup api dan gaul lagi sehingga gula sekata melekat elok pada kuih.



Kuih Cek Mek Molek
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan
ubi keledek oren
tepung gandum
sedikit gula

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.

Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  

Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 

Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 

Angkat bila kekuningan.



Donut
Sumber: mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 

Cara-cara 
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut) 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 



Resepi begedil kentang
Bahan-bahan :-

Ubi kentang - kupas kulit then potong. Rebus sampai empuk
Isi daging cincang - direbus sekejap
Kiub ayam - guna 1 atau 1/2 stok ayam ni sebagai perasa tambahan. Kalau nak letak secukup rasa pun takpe.
Telur
Bawang goreng - kalau suka
Serbuk lada putih 
Garam secukup rasa.
2 ulas bawang putih.
Daun ketumbar - guna sikit sudah la. Guna segengam, jangan lupa cincang.
Sedikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar


Cara-cara :-
  1. Campur semua bahan kecuali telur bersama kentang yang telah direbus.
  2. Gaul sampai menjadi doh.
  3. Bentukkan bulat-bulat.
  4. Panaskan minyak (minyak kena betul-betul panas, kalau tak bergedil jadi hancur/pecah2), celup dengan telur dan goreng.. Bila dah kuning2 keperangan, angkat then hidangkan.

P/S: Buat banyak-banyak pastu frozenkan..cara nak frozen ialah goreng separa masak atau bakar sekejap di dalam oven. Cuma begedil saja yang tak perlu..bila dah siap buat bulat-bulat terus masukkan dalam freeze. So kalau nak goreng just ceupkan dalam telur dan goreng seperti biasa.

1 comment: