ME MINE US

ME MINE US
AS I WAS TOLD.. TEACHING, RECIPES AND TRAVEL

Monday, August 11, 2014

BISKUT RAYA + RENDANG + KUAH KACANG + NASI IMPIT = SEMUA KENA BUAT SENDIRI..

Assalamualaikum..wah panjang betul title entry ni..hihi. Tahun ini agak menyedihkan sebab tak dapat beli "kuih tunjuk"..wawawa.. Ha, apa kuih tunjuk tu? Kalo nk tau kuih tunjuk tu maksudnya tunjuk je nak kuih mana then orang jual tu bungkuskan pastu bayar je lah..hehehe. 

Disebabkan tahun ni beraya di perantauan maka tak dapatlah nak makan kuih tunjuk..huhu.. Maka bagi memujuk hati ini so aku pun buat la sendiri biskut raya tahun ni. Dan orang kata kalau tiada rendang maka tiadalah raya (eh ada ka peribahasa ni), maka terhasillah rendang daging, kuah kacang dan homemade nasi impit.

recipes
Bermula dari atas sebelah kiri: Kulit Popia bersalut Cornflakes, White Choc Almond London, Dark Choc Almond London, Kuah Kacang, Rendang Daging, Semperit susu, Honey Cornflakes, Mazola, Semperit dan Tat Strawberi.
Now here are the recipes:

~~ ALMOND LONDON ~~



  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  •  Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  •  Mangkuk kertas/ paper cup
  • Sedikit minyak jagung
Cara-cara
1.     Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
2.     Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3.     Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
4.     Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
5.     Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
6.    Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
7.     Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
8.     Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

**************************************************************************************************************

~~ BISKUT MAZOLA ~~


Bahan-Bahan:
• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.
Bahan Untuk hiasan
• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

**************************************************************************************************************
~~ SEMPERIT SUSU ~~
Bahan:
4cwn tepung jagung
1 cwn susu pkt mnis
1 cwn majerin..blh je klu nk cmpur ngn buttercup (more gabu)
ceri merah/hijau  utk hiasan atau choc chips
Caranya:
Campur semua bahan..uli smpai jd doh n terap ikut bentuk ‘bunga’ pilihan..
Bakar pd suhu 150 selama 15-20 minit.siap



 ~~ SEMPERIT ~~

Bahan :
1 cawan butter
1 cawan tepung gandum
3 biji kuning telor yang dah direbus.
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
esen vanila
ceri yang dopotong sebagai hiasan (aku guna choc chips)


Cara cara membuat
1. Telor yang dah direbus tadi, amek kuningnye dan hancurkan dalam bekas guna senduk je. Takyah guna mixer.
2. Bila telor dah hancur baru masukkan icing sugar. Gaul hingga sebati.
3. Lepas tu masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Guna tangan uli lebih mudah.
4. Dah sebati adunan tadi, baru masukkan butter. Teruskan gaul hingga sebati.
5. Sekiranya rasa adunan tu terlalu lembik susah utk diuli, masukkan tepung gandum sikit2 dan gaulkan sehingga agak2 adunan tu tak lekat lagi kat hari2. Jangan terlalu keras tau.
6. Boleh la start men"DAHLIA". Pastu letak ceri atas bunga dahlia tu.
7. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. (ni bergantung pd oven memasing ye)



~~ HONEY CORNFLAKES ~~



Bahan-bahan ( lebih kurang 150 paper cup )
·         3 sb butter
·         3 sb gula merah
·         3 sb madu
·         1 sb golden syrup ~ optional
·         4 cawan cornflakes
·         Kekacang secukupnya (walnut,almond,peanut)
·         1 sb kismis (tak letak...pasal bahan lain dah cukup manis)
Cara-cara
1.    Kesemua kekacang di sangrai/bakar secara berasingan kemudian ditumbuk/blend kasar.Ketepikan.
2.    Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk.Kacau sekejap je sekadar untuk sebatikan bahan2 tersebut.Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
3.    Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
4.    Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah (3) ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit~ala-ala manja~kepingan cornflakes tersebut (jgn ramas/hancurkan ia)
5.    Taburkan (1) ke dalam (4) dan gaul sekata.Jika mahukan kismis..Boleh masukkan juga.
6.    Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.
7.    NOTE :- Kalau tak nak bakar pun boleh gak...Susun di dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15~30 min.Keluarkan dan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara.
8.    PETUA KAWAN :- Pastikan adunan butter suam-suam kuku dahulu sebelum dicurah ke atas kepingan cornflakes untuk mengelakkan cornflakes tadi menjadi lemau


******************************************************************************************

~~ KUAH KACANG ~~

Bahan bahannya..

2 kg kacang tanah
digoreng tanpa minyak..dan di mesin..
jangan halus sangat..

1. 10 batang serai
2. 3 buku lengkuas muda sebesar ibu jari
3. 1 labu bawang putih
4. 25 biji bawang merah
5 100 gm cili kering

bahan 1 hingga 5 dikisar halus.

1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

kalau tak ada yang serbuk..kena tumbuk bagi halus..

Gula( tambah sikit gula kabung), garam..air asam jawa secukupnya..

Tumis semua bahan2 hingga betul2 masak..masukkan air asam jawa..dah mendidih..masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa..biarkan masak secukupnya..


******************************************************************************************

~~  RENDANG DAGING ~~

1 kilo Daging lembu
1 biji kelapa – diambil santannya
daun limau purut ( di hiris )@ daun kunyit ( dihiris ) ( boleh gak nak masukkan kedua2nya )
1 – 2 keping asam gelugur@ 1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa
2 sudu besar kerisik (  tak letak – sebab tak ada )
Bahan kisar
10 biji cili kering di rendam dan dibuang biji
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 batang serai
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar

Cara penyediaan
1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum. kemudian masukkan daging masak hingga daging kecut.
2. Masukkan santan masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut.
3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa. Last sekali masukkan kerisik, daun kunyit  atau daun limau purut yg telah dihiris.
4. Bila sesuai kepekatannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.
** Satu lagi cara masak rendang ialah satukan bahan kisar, santan dan daging  kedalam kuali. Reneh dan masak hingga daging empuk dan sehingga santan  mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan air asam jawa@asam gelugur, gula,garam, perasa, kerisik dan daun kunyit atau daun limau purut. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat!!!!
*****************************************************************************************
~~ NASI IMPIT HOMEMADE ~~
Resepi: kak yatie
Bahan-bahan 
  • 2 cawan beras biasa
  • 10 cawan air
  • 2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak.
  2. Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil di lenyek supaya hancur.
  3. Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.
  4. Setiap 10 minit mestilah di kacau sebati sehinggalah nasi kering. Masak nasi impit ni kena banyak kali di kacau supaya nasi cantik dan lembut.
  5. Setelah siap, matikan api dapur.
  6. Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung batu@belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut. Gaul dan lenyek2 lagi.
  7. Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware @ mangkuk.
  8. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
  9. Tekan-tekankan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik tadi (letak sapu tangan dlm plastik tu supaya tak rasa panas sngt masa menekan nasi tu).
  10. Biarkan nasi impit betul2 sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.





















No comments:

Post a Comment