ME MINE US

ME MINE US
AS I WAS TOLD.. TEACHING, RECIPES AND TRAVEL

Wednesday, August 20, 2014

ASAS PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRASEKOLAH

Prasekolah merupakan tempoh pembelajaran yang menyeronokkan bagi kanak-kanak kerana semasa dalam tempoh inilah kanak-kanak akan mula mempelajari sesuatu yang akan digunakan sepanjang hidupnya. Walaupun begitu, kaedah pembelajaran prasekolah haruslah bersifat permainan dan melibatkan kanak-kanak tersebut secara aktif. Ini bagi menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar tanpa rasa jemu.

Di bawah ini terdapat serba sedikit maklumat model pengajaran di peringkat prasekolah. Maklumat penuh mengenai asas pengajian kurikulum dan model prasekolah boleh didapati di SINI.

(This is a copy paste info)

Secara umumnya, objektif Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut:

Fokus
  1. pembelajaran berpusatkan murid
  2. Kumpulan murid berumur 4-6 tahun
  3. proses pengajararan- inkuiri penemuan
  4. pendekatan – bertema, bersepadu dan belajar melalui bermain.
  5. pendedahan kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul )

  • 4 kata kekunci: 
  1. Menyuburkan (Enriching)
  2. Aktif Penglibatan (Engaging)
  3. Selamat (Safe)
  4. Seronok (Fun)

Standard Pembelajaran untuk Komunikasi – Bahasa Malaysia 

  1. Mendengar dan mengencam bunyi perkataan.
  2. Merangsang pertuturan melalui soal jawab.
  3. Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul. 
  4. Menceritakan semula apa yang didengari. 
  5. Melakonkan watak-watak mengikut situasi. 
  6. Kemahiran Mengenal bentuk huruf A – Z. 
  7. Membaca 
  8. Mengenal huruf vocal 
  9. Mengenal huruf konsonan. 
  10. Membina dan membaca sukukata. 
  11. Membaca perkataan. 
  12. Membaca frasa. 
  13. Membaca ayat tunggal yang mudah. 
  14. Memahami bahan-bahan bacaan yang betul. 
  15. Membaca buku dengan cara yang betul (prabaca) 
  16. Mengamalkan tabiat membaca. 
  17. Menguasai kemahiran menulis.

  • Standard Pembelajaran untuk Komunikasi– Bahasa Inggeris 

  1. Listen to and discriminate sounds. 
  2. Listen to and understand meaning of simple words. 
  3. Speaking skills 
  4. Acquire and use simple phrases and statements. 
  5. Listen to and follow simple instructions.
  6.  Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories.
  7. Sing songs and recite rhymes and poems. 
  8. Tell simple stories. 
  9. Dramatize familiar situations and stories. 
  10. Perform a variety of language and functions in a social context. 
  11. Ask simple questions.
  12. Understand that printed materials contain meaning.
  13. Acquire knowledge of print and ethics in reading. 
  14. Reading Identify letters of the alphabet. 
  15. Read simple words with understanding. 
  16. Read phrases with understanding. Read simple sentences with understanding.
  17. Develop interest in reading. 
  18. Acquire pre-writing.

  • Pendidikan Islam 


Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang:

  1. Rukun Iman
  2. Rukun Islam
  3. Sirah Rasulullah 
  4. Kalimah Syahadah.
  5. belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat
  6. Mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W.  iaitu sabar, bercakap benar, rajin, bijaksana dan amanah
  7. melakukan amalan harian mengikut adab. 
  8. mengenal asas bahasa al-Quran, huruf hijaiyah dan jawi  
  9. menghafal beberapa surah pendek dan doa pilihan. 
  • Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

  • Standard Pembelajaran Untuk Tunjang Sains Dan Teknologi – Awal Sains Dan Awal Matematik. 
  1. Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaran. 
  2. Membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai. 
  3. Membanding dan mengelaskan objek. 
  4. Membuat ramalan berdasarkan pengalaman lepas. 
  5. Menyelesaikan masalah kehidupan harian secara hands-on 
  6. Menyiasat Alam 
  7. Memperolehi pengetahuan asas tentang bahagian badan.
  8. Meneroka alam sekitar menggunakan organ deria. 
  9. Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan biji benih.
  10. Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan haiwan jinak yang biasa dijumpai. 
  11. Meneroka sifat bahan seperti timbul dan tenggelam, pemelarutan serta tarikan boleh magnet.
  12. Meneroka fenomena alam yang biasa yang dijumpai iaitu awan, cuaca, pelangi dan baying-bayang.
  13. Memadankan objek
  14. Membandingkan kuantiti objek. 
  15. Membuat seriasi mengikut satu ciri. 
  16. Mengecam corak berulang dan membina pola. 
  17. Memahami nombor 1-10 (menyebut, membilang, menulis) 
  18. Mengetahui sifar. 
  19. Memahami nombor 10-20 (menyebut, membilang, menulis) 
  20. Memahami siri 20, 30, 40 dan 50. 
  21. Memahami  operasi tambah dalam lingkungan 10. 
  22. Memahami  operasi tolak dalam lingkungan 10. 
  23. Mengecam duit yang berlainan nilai. 
  24. Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian. 
  25. Mengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri dan kanan).
  26. Membina penghubung antara dua objek.
  27.  Membina lingkungan. 
  28. Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri. 
  29. Penggunaan ICT 
  30. Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara accountable dan beretika. 
  31. Memilih dan mengaplikasikan sumber ICT yang sesuai. 
  32. Menggunakan ICT untuk meningkatkan pembelajaran.

Thank you for reading.... :)

No comments:

Post a Comment