11 Ramadan 1435 - 9 Julai 2014 - Rabu
Hai semua...
Hari ni terciptalah resepi Spageti Goreng yang ala-ala mee goreng. Ni lah akibatnya duk kat Korea ni, takdak mee goreng mamak malah nak cari mee pun susah. Bukan takdak mee kat sini tapi nak mendapatkan yang halalan toyyiban tu yang susah sket. Takpa nasib baik ada spageti ni. Ok ni resepinya..check it out..
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut dan gaul dengan minyak
2 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap pekat
1/2 camca besar kicap manis
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
100 gram isi ayam
1 cawan sayur sawi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tomato. Kacau rata, masuk ayam dan masak hingga ayam tu masak. Tambah kicap pekat dan kicap manis, gaul rata dan masak sekejap.
- Masukkan spaghetti dan sawi, gaul rata,
- Tambah sedikit air rebusan jika asuka berkuah. Masak sekejap dan rasa, Matikan api dan hidangkan segera.
No comments:
Post a Comment